Assalamualaikum…
Ramadhan hampir menuju ke penghujungnya. Alangkah ruginya bulan Ramadhan yang datang cuma setahun sekali di sia-siakan. 10 hari terakhir ini gunakan sebaik-baiknya untuk menggandakan amalan kepada Allah SWT untuk menguatkan keimanan kita dan memohon keampunan daripa-Nya.
Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pun memperbanyakkan ibadah dan mengajak ahli keluarganya untuk meningkatkan amalan pada 10 Ramadan terakhir.
Antara amalan yang boleh kita lakukan pada 10 hari yang terakhir ini
Membaca al Quran
DDari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
” Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”
Melakukan Qiamullail
Terjaga dari tidur pada waktu 3/4 malam untuk melakukan solat sangat dituntut pada 10 hari terakhir ini. Antara solat sunat yang boleh kita lakukan, Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Witir.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa solat malam pada bulan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunilah dosa-dosanya yang telah lampau.” (HR Al Bukhari-Muslim)
Memperbanyakkan doa
Ambillah peluang ni untuk memperbanyakkan doa. Doa lah mohon keampunan-Nya. Moga kita diampunkan dosa dan dijauhi dari seksaan api neraka dan seksaan kubur.
Bertaubat dan memperbanyakkan zikir
Ambillah kesempatan ini untuk bertaubat dan memperbanyakkan zikir
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Wahai sekalian manusia. Taubatlah (beristigfar) kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR Muslim)
Bersedekah
Untuk mendapatkan pahala yang melimpah ruah adalah dengan bersedekah. Salah satu caranya adalah dengan memberi juadah berbuka kepada ahli keluarga dan juga sesama Islam.
Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang memberi iftor (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang puasa/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang puasa/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun.” (HR Bukhari dan Muslim).
Rebutlah peluang ini untuk mengumpul pahala dan ganjaran serta memohon keampunan daripada-Nya. Jangan biarkan ia berlalu kerana kita tidak tahu adakah kita akan diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun depan.