Assalamualaikum..
Hari ni saya saya nak kongsi cara mudah untuk buat sos atau kuah bolognese. Bahan-bahan pun tak banyak. Simple je tapi sedap.
Sebelum ni saya suka guna sos yang readymade je. Tapi memandangkan anak-anak suka sangat makan spaghetti jadi kalau beli sebotol besar sos bolognese memang tak cukup.
Jadi saya buat sendiri je . Lebih sedap rasanya dan yang pasti lebih jimat.
Antara bahan-bahan yang saya gunakan
- Tomato
- Tomato Puri
- Daun Ketumbar
- Oregano
- Bawang putih
- Garam
- Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak boleh rujuk gambar dibawah ye..
Kelar kulit tomato kemudian celur tomato dalam air panas. Bila kulit tomato sudah mula terkopek toskan air tersebut.


Buang kulit tomato. Kemudian blend hingga menjadi jus. Tidak perlu tambah air ye.

Bawang putih potong cincang . Panaskan minyak dan tumis bawang putih bila dah naik bau masukkan jus tomato tadi


Kemudian masukkan tomato puri satu tin. Tomato puri boleh didapati dikedai-kedai runcit. Tidak kisah jenama yang penting ada logo halal. Saya suka guna jenama duChef ni sebab tiada bahan pengawet.

Kemudian gaul rata. Selepas itu masukkan daun ketumbar yang telah siap dicincang dan sedikit oregano jangan masukkan sebotol…agak-agak je sekadar menambah rasa. Dan last sekali masukkan garam.


Masak kuah tersebut hingga pekat.

Okay dah siap Sos Bolognese kita. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba
Jumpa lagi…In Syaa Allah..