Assalamualaikum…
Ibu hamil selalu diingatkan untuk mengambil vitamin B Complex, zat besi dan vitamin C setiap hari. Demi untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Namun mineral lain juga perlu diambil untuk kesihatan ibu dan bayi. Salah satunya adalah kalsium.
Kalsium bukan hanya untuk membantu kepada tumbesaran tulang bayi tapi ia juga memberi kebaikkan kepada ibu hamil. Dan kalsium yang bagus adalah kalsium yang lengkap dengan magnesium. Ini kerana magnesium membantu badan manusia menyerap kalsium dengan baik dan sempurna.
Kebaikkan kalsium
Membantu mengatasi masalah sembelit
Biasanya sembelit adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang membuat otot usus bergerak perlahan dan najis menjadi keras dan seterusnya sukar membuang. Dengan pengambilan kalsium secara konsisten setiap hari membantu melembutkan najis dan membantu melancarkan pembuangan pada keesokkan harinya.
Membantu mengatasi masalah simpul biawak atau tarik mengkarung
Ramai ibu-ibu hamil yang kerap mengalami masalah kaki cramp semasa tidur. Tahap sakitnya memang tak boleh nak cerita. Terlalu sakit. Hingga ibu-ibu hamil takut nak tidur akibat dari masalah ini. Namun dengan pengambilan kalsium setiap malam dapat membantu otot kaki menjadi lebih relaks dan kurangkan rasa kejang pada kaki. Dengan cara ini masalah simpul biawak semakin berkurangan.
Membantu mengurangkan masalah kerosakkan gigi
Sebanyak 60 ke 70 peratus ibu-ibu hamil mengalami sakit gigi. Salah satu sebab ibu mengalami kekurangan kalsium. Sakit gigi jangan dibiarkan kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan. Sebab itu ibu-ibu hamil mendapat kemudahan pemeriksaan gigi secara percuma. Jadi amalkan dengan pengambilan kalsium seawal yang mungkin.
Tingkatkan kesihatan tulang
Semakin besar kandungan semakin banyak kalsium akan diserap oleh bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan akan menyerap kandungan kalsium dalam badan ibu. Dengan pengambilan kalsium dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau masalah tulang reput.
Semasa saya hamil saya suka mengambil supplement Ostematrix dari Shaklee kerana ia bukan sekadar kalsium. Ostematrix mengandungi mineral kalsium yang lengkap dengan magnesium dan beberapa mineral lain. Alhamdulillah dengan pengambilan yang konsisten masalah sembelit dan kaki cramp jarang saya hadapi.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Ostematrix dan untuk info lanjut boleh klik DISINI. Jangan bimbang harganya sangat berpatutan dan mampu milik.
Setakat itu sahaja..
Jumpa lagi ….In Syaa Allah