Assalamualaikum..
Baru-baru ini Perdana Menteri kesayangan kita semua telah mengumumkan perintah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa pada 4 Mei 2020. Ini bermakna beberapa sektor ekonomi dibenarkan dibuka semula secara berhati-hati dan terkawal.
Oleh itu kepada semua para kakitangan tidak kira dari sektor kerajaan dan juga swasta perlu mengamalkan norma baharu bagi memastikan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya.
Norma baharu yang perlu diamalkan
- Kakitangan perlu mengamalkan topeng muka dan amalkan penjarakan sosial
- Pintu masuk utama (Lobi) perlu sentiasa dibuka bagi mengelakkan sentuhan berulang kali
- Kakitangan harus menjalani saringan suhu badan terlebih dahulu dipintu utama. Jika suhu badan melebihi 37.5 kakitangan tidak dibenarkan memasuki bangunan.
- Kakitangan perlu elakkan menyentuh sebarang permukaan seperti
- gunakan siku ketika menolak pintu
- jangan sentuh pemegang tangga
- guna siku atau pass pekerja semasa menyentuh butang lif. Elakkan mengunakan jari. Dan jangan berebut pastikan jarak 1 meter atau mengikut garisan yang telah disediakan.
- Dalam lift hanya dibenarkan 4 orang sahaja dalam satu-satu masa.
- Jangan lupa basuh tangan dengan sabun selepas melakukan sebarang urusan
- Tempat-tempat yang selalu disentuh seperti mesin photostat, suis lampu dan tombol pintu perlu dilakukan pembersihan secara berkala.
- Kakitangan wanita muslim perlu membawa telekung sendiri elakkan berkongsi dengan orang lain dan semasa solat perlu kekalkan jarak 1 meter.
Dengan norma baharu ini…kita tidak lagi berjabat tangan berlaga pipi cukup hanya sekadar menunduk sedikit badan untuk menunjukkan tanda hormat. Jangan pula nanti ada yang kecil hati pula ya.
Di kantin atau di cafe pun tidak boleh lagi berkumpul ramai-ramai duduk semeja. Seorang semeja. Tetapi kalau rajin pada saya lebih baik bawa bekal makanan dari rumah. Lebih selamat.
Sama-sama kita berganding bahu memastikan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya. Jaga jarak. Jaga diri. Jaga kesihatan.
Setakat ini sahaja dahulu..
Jumpa lagi…In Syaa Allah.