Assalamualaikum….
Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita. Tiada mana-mana susu formula yang dapat menandingi susu ibu. Sekarang ni pun dah banyak hospital yang menjalankan program Hospital Rakan Bayi. Program ini menggalakkan dan menyokong penyusuan susu ibu. Ibu digalakkan menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan sehingga 2 tahun.
Malah dalam Al Quran pun menggalakkan penyusuan susu ibu ini.
Surah al-Baqarah ayat 233
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”.
Bagi ibu yang bekerja di rumah atau surirumah mungkin tiada masalah untuk menyusukan anak mereka. Tetapi bagaimana pula ibu yang bekerja. Cuti bersalin paling lama pun selama 3 bulan.
Untuk itu ibu yang bekerja perlu memerah susu ibu dan mengajar anak menyusu susu ibu menggunakan botol susu. Susu ibu boleh mula diperah dan disimpan seawal 2 minggu sebelum mula bekerja.
Di sini saya kongsikan cara penyimpanan susu ibu yang telah diperah.
- Simpan di dalam bekas yang bersih dan bertutup
- Simpan dalam kuantiti yang mencukupi untuk sekali penyusuan. Biasa bayi menyusu dalam kuantiti yang sedikit lebih kurang 2-3oz dan smenyusu selang 2 jam.
- Pastikan bekas dilabelkan tarikh dan masa perahan.
- Dibawah adalah jadual penyimpanan susu ibu.
Okay setakat itu sahaja…
Jumpa lagi….In Syaa Allah