Assalamulaikum.
Hari ini adalah hari yang ke 23 setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan. Bermakna kita telah berada dalam Fasa yang ke 2 dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak virus Covid 19 dari terus merebak.
Kepada frontliner saya ucapkan jutaan terima kasih berusaha melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan baik. Saya doakan anda semua kuat semangat dan terus tabah serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Anda yang duduk dirumah pastikan ahli keluarga stay at home dan stay healthy. Tugas kita hanya duduk di rumah. Dan jangan biarkan anak-anak bermain dan merayau rayau diluar rumah.
Dalam tempoh PKP ni saya rasa bersyukur sangat. Sebelum ini saya selalu berdoa supaya suatu hari nanti saya diberi peluang untuk bekerja di rumah. Dapat bersama 24 jam dengan anak-anak, dapat meluangkan banyak masa bersama mereka. Nah Allah makbulkan.
Tempoh ini mengajar saya menjadi surirumah sepenuh masa dan juga pada masa yang sama menjadi ibu yang work at home. Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh kita buat sepanjang berada dirumah. Saya berpeluang mencuba resepi baru dan yang seronoknya dapat mengajar anak-anak memasak juga.
Excited anak-anak bila nampak ibu mereka ke dapur. Ada yang nak tolong tumbuk bawang la nak tolong menumis la nak tolong masukkan garam la. Tu belum lagi bab nak merasa kuah. Jika tidak diberi maka merajuk la pula..jadi memang riuh di dapur.

Kadang kala pening juga. Rasa nak marah pun ya. Tapi bila difikirkan balik itu semua adalah moment yang cukup indah. Kenangan yang akan kita ceritakan kembali kepada mereka bila mereka dah besar nanti.
Masa yang Allah bagi ini saya lakukan aktiviti bersama anak-anak dan suami. Solat berjemaah, mengaji bersama, perbaiki bacaan dalam solat, kemas rumah, bantu anak-anak buat homework dan bermain bersama anak-anak.
Gunakan masa dan ruang yang ada ini untuk kita ciptakan kenangan manis supaya ia menjadi memori indah untuk anak-anak kenangkan bila mereka menjadi dewasa nanti.
Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Syukur dengan apa yang berlaku. Semoga Allah melindungi kita semua .
Jumpa lagi. In Syaa Allah..