Assalamualaikum…
Sakit contraction semasa nak bersalin adalah kesakitan yang susah nak digambarkan. Ada yang kata rasa sakit seperti nak patah pinggang, ada yang rasa seperti nak putus urat, ada pula yang kata sakit 10 kali ganda dari sakit sengugut. Yang pasti setiap ibu hamil melalui pengalaman yang berbeza. Sesiapa yang pernah melaluinya pasti rasa gementar bila tiba masanya.
Sebenarnya dengan penggunaan teknik pernafasan yang betul ia dapat membantu mengurangkan kesakitan semasa contraction berlaku. Pernafasan yang betul dan lancar akan membantu anda rasa lebih tenang dan lebih lebih fokus kepada pernafasan dan bukan kepada kesakitang yang sedang kanda alami. Dengan cara ini anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen kepada bayi dan membantu melancarkan proses kelahiran.
Teknik pernafasan
Langkah pertama
Bila terasa contraction akan berlaku, cuba relaks dan rehatkan otot pada bahu , muka dan tangan
Langkah kedua
Apabila contraction mula menyerang bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung kemudian hembus secara panjang melalui mulut. Cuba bayangkan perkatan RELAKS. Re dan Laks. Semasa tarik nafas fikirkan Re dan semasa hembus fikirkan Laks. Ingat ye fokus kepada pernafasan. Lepaskan segala tekanan dalam badan semasa menghembus.
Langkah ketiga
Ketika kesakitan semakin kuat bernafas lah secara cepat dan tidak dalam. Lebih mudah buat kiraan 1 hingga 3 semasa tarik nafas dan buat kiraan yang sama semasa menghembus nafas. Ulang hingga contraction beransur hilang. Bila dah hilang contraction bernafas lah secara perlahan-lahan semula.
Dengan pernafasan yang betul dapat membantu mengurangkan kesakitan dan menjadikan anda lebih fokus. Ajarlah suami teknik pernafasan ini sekurang-kurang suami anda boleh membantu bila anda mula hilang fokus dan ke laut.
Semoga ia dapat membantu anda mengurangkan rasa takut berhadapan dengan contraction. Jangan fikir yang bukan-bukan fikirkan sesuatu yang indah dan positif dan jangan lupa berdoa pada Allah mohon dipermudahkan.
Setakat ini sahaja dahulu…
Jumpa lagi…In Syaa Allah
Untuk mendapatkan info lebih lanjut boleh..
- Add saya di FB Anna Rizal
- Likes Pages saya di Diari Hamil Nutriemoms
- Follow Instagram Nutriemoms untuk mengetahui promosi baru Shaklee
- Join member Shaklee dengan hanya klik JOIN NOW