Assalamualaikum…
Ibu-ibu yang sedang hamil yang sedang mencari vitamin atau supplement yang bagus untuk ibu anak bayi dalam kandungan saya syorkan Set Hamil Shaklee. Saya syorkan bukan sebab saya adalah pengedar Shaklee semata-mata tapi kerana saya telah mencuba dan mengamalkan sejak dari saya hamil anak yang ketiga lagi.
Puas hati sangat mengamalkan Set Shaklee ini dari trimester pertama lagi. Ia bukan sahaja memenuhi keperluan nutrien untuk tumbesaran bayi tetapi ia bagus untuk kesihatan ibu juga. Malah doktor dan nurse di klinik kesihatan juga mengesyorkan Set Shaklee ini.
Disini saya senaraikan vitamin dan makanan tambahan yang ada dalam Set Hamil Shaklee.
Vitalea
Merupakan multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin termasuk zat besi yang bagus diambil oleh ibu hamil untuk menambah darah dan memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan ibu hamil.
B Complex
Mengandungi 8 jenis vitamin B. Salah satu vitamin B iaitu asid folic wajib diambil bagi mengurangkan risiko kecacatan tiub neural seperti spina bifida yang berlaku terhadap bayi akibat kekurangan asid folic.
Vitamin C
Pengambilan vitamin C membantu tingkatkan sistem ketahanan badan . Bukan itu sahaja ia bagus untuk kesihatan gigi dan gusi. Vitamin C juga berfungsi membantu badan menyerap zat besi dan B complex dengan baik.
Omega Guard
Kaya dengan Omega 3 yang bagus untuk tumbesaran otak bayi. Selain bagus untuk bayi ia juga bagus untuk ibu hamil. Omega membantu mengawal berat badan dari naik mendadak sepanjang hamil. Omega Guard melalui 3 peringkat tapisan bagi memastikan setiap kapsul tidak mengandungi bahan logam yang merbahaya seperti merkuri. Oleh itu Omega Guard selamat diambil oleh ibu hamil.
Ostematrix
Merupakan kalsium yang lengkap dengan magnesium bagi memastikan kalsium diserap dengan baik oleh badan. Ibu yang tidak suka susu boleh jadikan Ostematrix sebagai altenatif. Ostematrix ini bukan hanya sekadar kalsium sahaja tau kerana ia juga membantu ibu hamil mengatasi masalah sembelit dan kaki cramp yang selalu menjadi mimpi ngeri para ibu yang hamil.
ESP
Kaya dengan protein soya non-GMO. Memiliki index glysemic yang rendah iaitu 39 setiap hidangan. Membantu mengawal paras gula dalam darah. Oleh itu ia sangat sesuai untuk ibu hamil yang ada masalah GDM. Bagus dijadikan sebagai sarapan membantu ibu mengatasi masalah pedih ulu hati, memberi rasa kenyang dan menjadikan ibu hamil lebih bertenaga sepanjang hari.
Inilah Set Hamil yang saya ambil sepanjang hamil. Bagusnya set hamil ini ia boleh diambil sebaik sahaja selepas bersalin. So ia tak de la membazir.
Berminat untuk mendapatkan Set Hamil ini boleh klik link INI.
Setakat itu sahaja…
Jumpa lagi…In Syaa Allah